Myvi guru dilarikan penjenayah ditemukan di ladang sawit

Iklan
Kereta Perodua Myvi milik mangsa ditemui semula pada Ahad selepas ditinggalkan pencuri dalam kawasan ladang sawit ke Keratong 9 di sini pada Ahad.

ROMPIN - Kereta jenis Perodua Myvi milik guru sebuah sekolah agama swasta yang dilarikan penjenayah selepas rumahnya di Prima Gadak, Muadzam Shah dipecah masuk 8 Julai lalu berjaya ditemukan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kereta milik guru wanita berusia 33 tahun itu ditemukan jam 8.30 malam selepas ditinggalkan penjenayah di dalam kawasan sebuah ladang sawit di Keratong 9.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan mendapati ia milik mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang.

“Pemeriksaan di dalam kereta itu turut menemui semula seutas gelang emas yang dipercayai milik wanita berkenaan.

Iklan

“Tiada sebarang cap jari ditemui pada kereta, dipercayai kerana suspek bertindak pantas menghapuskan bukti sebelum melarikan diri,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan guru wanita berkenaan kerugian lebih RM33,000 apabila kereta, barang kemas dan sejumlah wang tunai dilarikan penjenayah.

Iklan

Semasa kejadian, mangsa bersama dua anak yang berada di rumah tidak diganggu atau dicederakan.

Kejadian itu hanya disedari mangsa selepas bangun dari tidur kira-kira jam 7 pagi dan mendapati telefon bimbit serta beg tangan miliknya hilang.

Bagaimanapun, beberapa dokumen-dokumen penting dan beg tangan milik mangsa ditemui di belakang rumah.

"Susulan kejadian, pihak polis mengesan suspek terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 / 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah dan curi kenderaan," katanya.