Permintaan bunga ganja meningkat, cecah RM35,000 sekilogram

Iklan
Mohd Yusoff (dua dari kanan) menunjukkan bunga ganja atau lebih dikenali sebagai ‘buds’ atau ‘nugget’ mendapat permintaan tinggi berikutan kesannya yang lebih kuat berbanding daun ganja.

KOTA BHARU – Polis Kelantan mendedahkan bahawa permintaan terhadap bunga ganja, atau lebih dikenali sebagai ‘buds’ atau ‘nugget’, semakin meningkat berikutan kesannya yang lebih kuat berbanding daun ganja.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, harga pasaran semasa bagi bunga ganja mencecah sehingga RM35,000 sekilogram, berbanding daun ganja yang dianggarkan sekitar RM3,100 sekilogram.

Iklan
Iklan

“Bunga ganja ini dipercayai diseludup masuk dari negara jiran sebelum melalui transit di Kelantan dan seterusnya dihantar ke luar negara,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan taktik sepasang suami isteri yang berselindung di sebalik perniagaan ayam segar dan pekerjaan sebagai pemandu e-hailing akhirnya tumpas selepas polis berjaya merungkai kegiatan mereka sebagai dalang sindiket pengedaran dadah.

Iklan
Iklan

Dalam serbuan yang dijalankan pada jam 4 pagi, Jumaat lalu, di Jalan Padang Sembilan, Jalan Kuala Krai–Gua Musang, Kuala Krai, polis telah merampas dadah jenis bunga ganja dan ketulan mampat bernilai RM3.1 juta dengan anggaran berat hampir 90 kilogram.