Tak mampu bayar saman, lelaki minum sabun pencuci tandas

Iklan
Lelaki pertengahan usia asal Thailand minum sabun pencuci tandas kerana gagal bayar sama 10,000 Baht. Foto: Agensi

THAILAND - Gara-gara tidak mampu membayar saman melintasi sempadan sebanyak 10,000 Baht (kira-kira RM1,300), seorang lelaki buat onar dengan meminum sabun pencuci tandas.

Memetik laporan Thaiger, Thanawat, lelaki lingkungan 40-an yang berasal dari Phatum Thani itu melakukan perkara itu di pekarangan Pejabat Imigresen Poipet, bersempadan dengan Kemboja pada 11 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Difahamkan, individu berkenaan sebelum ini tinggal di Kemboja selama setahun dan ingin kembali ke negaranya semula.

Polis Kemboja dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah mengatur kepulangan lelaki tersebut ke Thailand dan dalam masa sama membawanya ke Hospital Aranyaprathet untuk menerima rawatan kecemasan.

Iklan

Petugas keselamatan hospital mengesahkan menerima kes terbabit dan bergegas ke jambatan persahabatan Thai-Kemboja berhampiran sempadan Ban Khlong Luek.

Polis juga mendapati Thanawat memiliki dokumen perjalanan sah ke luar negara, namun menetap di Kemboja melebihi tempoh sepatutnya.

Iklan

Disebabkan kecuaiannya, pegawai imigresen mengenakan saman 10,000 Baht, menyebabkan Thanawat bertindak luar kawalan kerana tidak mampu melunaskan denda tersebut.