Penghantar kepala kambing kena cekup

Iklan
Seorang lelaki dicekup selepas dipercayai menyeludup 100 kepala kambing beku dari Thailand menggunakan pangkalan haram di sekat pintas Pos Simpangan, Tumpat pada Sabtu. Foto: PGA

TUMPAT - Seorang lelaki dicekup selepas dipercayai menyeludup 100 kepala kambing beku dari Thailand menggunakan pangkalan haram di sekat pintas Pos Simpangan di sini pada Sabtu.

Rampasan jam 11 pagi itu dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa melakukan penugasan Op Taring Wawasan.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, perbuatan lelaki berusia 24 tahun itu dikesan apabila suspek memandu kenderaannya dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan mendapati beberapa bungkusan guni mengandungi 100 kepala kambing beku berada di belakang kereta terbabit.

Iklan

"Pemandu tersebut dipercayai menjadi penghantar kepala kambing berkenaan ke pasaran tempatan," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa bungkusan guni mengandungi 100 kepala kambing beku berada di belakang kereta terbabit. Foto:PGA

Iklan

Menurut beliau, anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM5,000.

Ujarnya, kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953," katanya.