Saran tubuh jawatankuasa khas teliti mekanisme pampasan
Iklan
Syed Lukman Hakim
IPOH – Satu jawatankuasa khas dicadang ditubuhkan di peringkat negeri dan Persekutuan bagi meneliti mekanisme pampasan atau pemberian tanah gantian kepada pemilik yang kehilangan hartanah akibat hakisan sungai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zin berkata, sudah tiba masanya kerajaan menilai semula peruntukan sedia ada dalam Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 agar lebih adil dan berperikemanusiaan.