Khurafat zaman moden
Iklan
Keluarga Allahyarham Nurly Sahirah menasihatkan pengunjung agar menjaga adab serta tatasusila ketika menziarahi pusara anak mereka.
MESKIPUN dunia semakin moden, kepercayaan karut, tahyul dan mistik yang berakar kuat dalam masyarakat Melayu sukar dipisahkan.
Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.