Telus dengan pengasingan kuasa
Iklan
Pengasingan kuasa di antara badan-badan ini bertujuan agar tiada pemusatan kuasa di dalam suatu badan yang boleh membawa kepada penyalahgunaan, korupsi dan lain-lain kesan negatif kepada negara.
SISTEM demokrasi berparlimen menawarkan sistem politik dan pengurusan negara yang secara teori menjamin pengasingan kuasa yang di antara komponen pentadbiran iaitu Eksekutif (kerajaan), Legislatif (parlimen) dan Kehakiman (mahkamah).
Di samping tiga komponen tersebut, satu lagi badan yang berperanan besar di dalam pentadbiran negara ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-raja.