Pioli kembali bersama Fiorentina

Iklan
Pioli

STEFANO Pioli diumumkan secara rasmi sebagai pengendali baharu Fiorentina bagi menghadapi musim 2025/26 selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab Serie A itu.

Pelantikan tersebut menandakan kepulangan semula Pioli ke kelab yang pernah dibimbingnya dari tahun 2017 hingga 2019, selepas beliau meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr, bulan lalu.

Iklan
Iklan

Pengendali berusia 59 tahun itu, yang turut pernah menyarung jersi Fiorentina sebagai pemain dari tahun 1989 hingga 1995, mengambil alih jawatan tersebut selepas pengurus terdahulu, Raffaele Palladino, secara mengejut melepaskan jawatan hanya tiga minggu selepas menandatangani lanjutan kontrak pada Mei lalu.

"Saya amat gembira dengan pelantikan Stefano Pioli sebagai ketua jurulatih baharu pasukan utama Fiorentina.

Iklan

"Sejak perbualan pertama kami, saya dapati beliau seorang yang memiliki nilai kemanusiaan tinggi dan benar-benar komited untuk berbakti kepada kelab serta kota ini, yang amat dekat di hatinya," kata Presiden Kelab, Rocco Commisso.

Pioli menyertai AC Milan selepas meninggalkan Fiorentina pada 2019 dan berjaya membimbing Rossoneri merangkul kejuaraan Serie A (Scudetto) pada musim 2021/22 sebelum mencuba cabaran baharu di Liga Pro Saudi.

Iklan

Fiorentina menamatkan musim lalu di tangga keenam Serie A, sekali gus layak beraksi dalam saingan Liga Konferensi Eropah, kejohanan kelab tahap ketiga benua Eropah.

Serie A 2025/26 turut menyaksikan rombakan besar dalam kalangan pengendali kelab, dengan beberapa pasukan utama termasuk Inter Milan, AC Milan, AS Roma, Atalanta dan Lazio turut membuat perubahan di bangku kejurulatihan.