Wisma Putra menyerlah
Iklan
Malaysia tampil cemerlang dalam AMM-58 sebagai peneraju isu serantau melibatkan Timor-Leste, krisis Myanmar dan zon bebas senjata nuklear.
BERAKHIRNYA Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM-58) di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, bukan sekadar satu rutin diplomatik tetapi mencerminkan kecekapan sebenar Malaysia selaku Pengerusi ASEAN dalam mengemudi organisasi serantau yang semakin mencabar landskapnya.
Di sebalik kesibukan mengurus perjalanan diplomasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali, Perancis dan Brazil minggu sebelumnya, pasukan diplomatik Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamad Hasan tiada masa rehat sebaik tiba di Kuala Lumpur.