Perkasa peranan JAC
Iklan
Badan Kehakiman ialah salah satu daripada tiga cabang kuasa pemerintahan negara. Gambar hiasan
BADAN Kehakiman ialah salah satu daripada tiga cabang kuasa pemerintahan negara. Dua lagi ialah badan perundangan atau legislatif dan badan eksekutif atau Kabinet.
Tiga cabang kuasa negara itu diwujudkan berdasarkan doktrin pengasingan kuasa bagi membolehkan setiap satu kuasa memainkan peranan sebagai penyemak dan pengimbang antara satu satu lain.