Agong berjalan 3.2km tinjau Jalan Gallagher, tegur masalah sampah dan longkang tersumbat

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan melakukan tinjauan mengejut di Jalan Gallagher pagi Sabtu. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan meninjau tahap kebersihan kawasan sekitar Jalan Gallagher di ibu kota dengan berjalan kaki sejauh 3.2 kilometer (km).

Berdasarkan hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda turut menegur keadaan longkang yang tersumbat dan sampah sarap yang dibuang merata-rata di pinggir jalan.

Iklan
Iklan

Menerusi tinjauan mengejut itu juga, baginda bertitah agar pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan serta-merta bagi memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan selamat.

“Pembuangan sampah sarap di tepi jalan bukan sahaja menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, tetapi juga boleh menjejaskan kesihatan penghuni di kawasan sekitarnya.

Iklan

Sultan Ibrahim menegur keadaan longkang yang tersumbat dan sampah sarap yang dibuang merata-rata di pinggir jalan. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Begitu juga saya melihat terdapat dahan pokok besar di atas jalan raya yang boleh mengundang bahaya kepada orang ramai, khususnya penunggang motosikal pada waktu malam,” titah baginda.

Iklan

Turut mengiringi Sultan Ibrahim ketika sesi berjalan kaki tersebut ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Azmi Rohani; Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini; dan beberapa kakitangan.