Bas ekspres bawa 30 penumpang langgar treler

Iklan
Sebuah bas ekspres melanggar belakang treler di Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Rembau. Foto JBPM Negeri Sembilan

REMBAU - Sekurang-kurangnya empat penumpang cedera ringan selepas bas ekspres yang dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 243.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau, Mohamad Khairul Yahya berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 2.52 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 13 kilometer dari balai.

Iklan
Iklan

"Setibanya di lokasi pada jam 3.06 pagi, kami mendapati sebuah bas ekspres telah melanggar bahagian belakang sebuah treler.

"Bas tersebut membawa seramai 30 penumpang, terdiri daripada 13 lelaki dewasa, 16 wanita dewasa dan seorang kanak-kanak," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, empat wanita dewasa mengalami kecederaan ringan manakala selebihnya dilaporkan selamat.

“Semua penumpang berjaya keluar sendiri dari bas sebelum ketibaan pasukan penyelamat. Pemandu bas dan treler juga berada dalam keadaan selamat.

Iklan

"Pasukan Kecemasan (PKO) memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, operasi menyelamat diketuai BBP Rembau dengan bantuan BBP Kota dan BBP Senawang, membabitkan 16 anggota serta tiga jentera.

Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 3.13 pagi dan ditamatkan pada jam 4.05 pagi.