Tun Sambathan legasi wira perpaduan
Iklan
Jalan di Little India Brickfields dinamakan sebagai Jalan Tun Sambanthan bagi menghargai sumbangan dan peranan negarawan berkenaan.
SAYA pasti tidak ramai menyedari tarikh 16 Jun ialah ulang tahun kelahiran negarawan yang turut menjadi antara tokoh penting kemerdekaan negara iaitu Tun V.T Sambanthan.
Pada tahun ini, sambutan hari kelahiran negarawan itu yang ke-106 diraikan di Ipoh, Perak. Program itu dianjurkan oleh ikon guru, Manickam yang merupakan Pengerusi Pusat Perkhidmatan Tun V.T Sambanthan.