Tiga generasi Khan benteng negara
Iklan
Kamal Khan ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan di IPD Cheras.
KUALA LUMPUR – Dibesarkan di kuarters polis menjadi kunci minat dan cita-cita Superintenden (B) Kamal Khan Mohd Shariff, 66, dalam dunia kepolisan tersemai sejak kecil.
Menurut anak jati Kuala Lumpur itu, beliau menyertai Polis Diraja Malaysia pada 13 Mei 1978 dengan mengikuti latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.