Polis siasat kes gaduh sekumpulan lelaki di Genting Highlands

Iklan
Tangkap layar video tular memaparkan insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di SkyAvenue, Genting Highlands.

Pergaduhan sekumpulan lelaki di SkyAvenue, Genting

BENTONG-Polis Bentong mengesahkan menerima dua laporan kes tular membabitkan pergaduhan sekumpulan lelaki yang berlaku di SkyAvenue, Genting Highlands di sini pada Khamis.

Sebelum itu tular klip video selama 55 saat di beberapa platform media sosial.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 11.49 pagi dan 12.50 tengah hari pada Jumaat.

Menurutnya, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Iklan

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek-suspek yang terlibat dalam kejadian ini.

"Kita memohon kerjasama mana-mana pihak yang terlibat tampil untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat

Iklan

Ujarnya, polis juga memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes tersebut dalam siasatan.

Sementara itu, pihak Resort World Genting dalam kenyataannya memberitahu mengetahui insiden pergaduhan tersebut dan telah membuat laporan polis.

"Kami memandang serius insiden ini dan sedang bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan yang dijalankan oleh pihak polis serta pihak berkuasa yang berkaitan.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan hanya merujuk kepada maklumat yang disalurkan melalui saluran rasmi pihak berkuasa," jelas kenyataan tersebut.