Bank Rakyat perkasa tadbir urus kewangan masjid, surau di Johor

Iklan
Bank Rakyat terus memperkasa literasi kewangan masjid dan surau di seluruh negeri Johor.

KUALA LUMPUR - Bank Rakyat memperkasa literasi kewangan masyarakat menerusi penganjuran Seminar Pengurusan Kewangan Masjid dan Surau dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) yang bertujuan untuk membantu memperkukuh aspek tadbir urus kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, inisiatif di bawah Program Imarah Masjid Negeri Johor Bank Rakyat disertai seramai 162 peserta daripada 75 masjid di seluruh negeri tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penganjuran seminar itu selaras dengan usaha dan peranan Bank Rakyat untuk memperkukuh ekosistem kewangan Islam yang progresif, mampan serta inklusif.

“Inisiatif ini dapat membantu memberi kesedaran dan pengetahuan terhadap kepentingan tadbir urus kewangan, meningkatkan tahap kecekapan pengurusan serta memastikan pengendalian kewangan masjid atau surau dilakukan lebih telus, berkesan dan berintegriti.

Iklan

“Kami juga percaya bahawa tadbir urus kewangan yang baik membantu memperkukuh peranan masjid dan surau yang bukan sahaja menjadi pusat ilmu, ibadah dalam menyokong kesejahteraan masyarakat, malah sebagai pemangkin kestabilan ekonomi serta kemampanan aktiviti kewangan sosial Islam,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, menurut Ahmad Shahril, sebanyak 338 buah masjid dan 430 surau di seluruh negeri Johor telah membuka akaun bersama Bank Rakyat dengan jumlah simpanan keseluruhan melebihi RM23.3 juta.

Iklan

“Bank Rakyat mengalu-alukan lebih banyak masjid dan surau untuk menggunakan kemudahan perbankannya bagi urusan kewangan, termasuk dalam aspek wakaf, infaq dan khairat agar urusan harian dapat diuruskan dengan lebih mudah, selamat dan berkesan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Shahril berkata, Bank Rakyat turut menyumbang sebanyak RM225,000 kepada 75 masjid dan surau bagi tujuan pengimarahan rumah ibadat umat Islam di negeri tersebut.

Tambah beliau, mereka turut menganjurkan Program Korban Perdana bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada 9 Jun lalu, melibatkan penyertaan pelanggan dan warga kerja yang membuat simpanan di Akaun Simpanan-i Tabung Qurban.

Beliau berkata, dalam usaha memperkukuh pembangunan ekonomi di negeri Johor, Bank Rakyat turut menyediakan program BRJohorNiaga yang telah menyalurkan sebanyak RM52.3 juta pembiayaan kepada 750 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sehingga Mei 2025.

“Sembelihan 30 ekor lembu korban diedarkan kepada asnaf dan institusi kebajikan di seluruh negeri.

“Kami mengalakkan usahawan di Johor untuk mengambil peluang kerana program ini masih dibuka sehingga Mac 2026 dan berbaki sebanyak RM47.6 juta

“Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan ukhuwah antara Bank Rakyat dengan setiap pelanggan dan masyarakat setempat,

"Ia sekali gus memperkukuh pembangunan sosioekonomi masyarakat, institusi masjid dan surau serta meningkatkan kesejahteraan dan kemaslahatan Ummah,” katanya.