Johari galas tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Iklan
Johari

SHAH ALAM - Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jemaah Menteri yang bersidang pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Perdana Menteri telah memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang pada Rabu, 9 Julai 2025 bahawa beliau telah bersetuju supaya Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad meletak jawatan sebagai menteri di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada 4 Julai lalu.

Iklan
Iklan