KUALA LUMPUR - Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) perlu menumpukan kepada keutamaan strategik sektor agromakanan serta memastikan pelaksanaannya di peringkat lapangan diterjemah dengan berkesan bagi menjamin kesejahteraan petani, peladang dan nelayan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi catatan di Facebook berkata, perkara itu dibincangkan semasa kunjungan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di Wisma Tani, Putrajaya hari ini.