'Terlalu banyak jasa Tun M kepada Malaysia' - Ka Siong
Iklan
Ka Siong mahu rakyat Malaysia akui sumbangan Tun M.
SHAH ALAM – Rakyat Malaysia perlu mengakui sumbangan besar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada pembangunan negara walaupun wujud perbezaan fahaman politik.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, perubahan besar dilaksanakan sewaktu negarawan itu menerajui pentadbiran sebagai Perdana Menteri keempat bermula 16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003.
Iklan
Iklan
"Kita semua boleh bersetuju bahawa terlalu banyak jasa Tun kepada Malaysia sehingga beliau digelar Bapa Pemodenan Malaysia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti Dr Mahathir kepada masyarakat dan negara, malah mengagumi semangat serta keteguhan bekas Perdana Menteri itu yang masih aktif berkhidmat biarpun kini mencecah usia 100 tahun.
Iklan
“Generasi baharu harus belajar dan mencontohi Tun M yang diakui sebagai pemimpin yang kuat bekerja,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga mendoakan agar Dr Mahathir dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa berada dalam lindungan Tuhan.
Iklan
“Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>