OFFLINE 16 terpanjang di Malaysia kembali lagi

Iklan
Dr K S Beh (tengah) bersama Ixora Ang (tiga dari kanan) bersama rakan sokongan sempena penganjuran OFFLINE 16 tahun ini.

VITAHEALTH Malaysia (VitaHealth) bersama Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) kembali meneruskan OFFLINE 16 dengan skala yang lebih besar dan berimpak tinggi pada tahun ini.

Kali ini, acara epik tersebut menyasarkan lebih 1,200 peserta dari seluruh negara menerusi siri empat acara yang disokong oleh rakan runcit, BIG Caring Group.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif VitaHealth (Malaysia & Singapura), Dr KS Beh berkata, idea untuk kembali ‘offline’ tercetus apabila menyedari masa depan skrin semakin menguasai kehidupan masyarakat hingga membuatkan mereka terputus hubungan dan keletihan mental.

“Itulah yang mencetuskan kelahiran OFFLINE 16 iaitu sebuah gerakan yang mengajak orang ramai untuk memutuskan sambungan digital dan kembali berhubung secara bermakna, sambil membina komuniti yang lebih bahagia.

Iklan

“Di VitaHealth, kami menghayati slogan ‘Healthy Life, Happy Vibes’. Kesejahteraan bukan sekadar pengambilan suplemen. Ia juga merangkumi bagaimana kita menjaga kesihatan mental dan membina hubungan dengan orang sekeliling,” katanya yang juga pengasas OFFLINE 16.

Sementara itu, Pengarah Urusan Jualan, Pemasaran & Jualan serta Pembangunan Perniagaan Tropicana, Ixora Ang berkata, sudah menjadi misi pihaknya untuk membina komuniti yang mampan dan selesa demi menyokong kehidupan sebenar penduduk.

Iklan

“OFFLINE 16 membuktikan bahawa visi ini melangkaui pembangunan fizikal, ia tentang memberi peluang kepada semua untuk berehat seketika, berhubung semula dan menjaga kesejahteraan diri secara bersama.

“Selari dengan prinsip utama kami ‘Redefining the Art of Living, Caring and Sharing’, kami terus komited untuk mengembangkan gerakan positif ini dan mengalu-alukan lebih ramai rakan korporat untuk turut serta,” ujarnya.

Ketua Pegawai Pemasaran Big Caring Group, Wong Siew Lai turut menekankan pihaknya mengamalkan pendekatan kesihatan yang holistik merangkumi bukan sahaja aspek perubatan, tetapi kesejahteraan mental, emosi dan sosial.

Setakat ini, OFFLINE 16 mencatatkan 30 jam offline merentasi lima edisi, melibatkan lebih 900 peserta berbanding rekod 16 jam dengan lebih 300 penyertaan yang dicatat pada penganjuran terdahulu.

Dinobatkan sebagai acara offline terpanjang di Malaysia, OFFLINE 16 bermula dengan cabaran pickleball, aktiviti Nature’s Retreat di FRIM Kepong dan program pembersihan pantai di Sabah dengan lebih daripada 500 penyertaan.

Acara utama seterusnya akan berlangsung di Tropicana Golf & Country Resort pada Ogos ini, diikuti dengan percutian rehat dan relaksasi terakhir di resort pada Oktober nanti.

Acara kemuncak bakal menampilkan duta VitaHealth, atlet Olimpik Pearly Tan dan pemain pickleball nombor satu Malaysia, Colin Wong selain bengkel kitar semula, aktiviti seni dan banyak lagi.

Para peserta juga akan menerima barangan eksklusif bernilai lebih RM300 dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM15,000.