80 tahun bersahabat, ini Tun M yang saya kenal
Iklan
Hanafiah menunjukkan gambarnya bersama Dr Mahathir dan Dr Hasmah. Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR dan HALIM WAHID
PETALING JAYA – Anak Melayu pertama yang menjadi akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), Tan Sri Hanafiah Hussain, 98, menyimpulkan bahawa rakan baiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang tegas, jujur dan berprinsip.
Beliau berkata, sepanjang 80 tahun persahabatan mereka, tidak ramai boleh ‘masuk’ dengan cara negarawan ulung itu yang berani menongkah arus kerana tahu apa yang diinginkan.