Bila anak pandai tapi tak gembira
Iklan
Di sebalik keputusan, ada keresahan dan di sebalik setiap pelajar yang nampak ‘baik-baik sahaja’, mungkin tersembunyi seseorang yang sedang hampir tenggelam. Foto hiasan/foto123RF
SERAMAI 1,020 pelajar sekolah menengah di Selangor dikenal pasti menunjukkan tanda-tanda awal kemurungan. Itu hasil saringan ke atas sekitar 36,000 pelajar.
Jika angka itu dikira secara kasar, hampir tiga daripada setiap 100 pelajar berisiko mengalami tekanan emosi yang membimbangkan. Dan, ia bukan cerita luar negara, ia cerita anak-anak kita.