'Tekankan peranan Malaysia sebagai rakan kongsi AS'
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kecil: Barjoyai)
SHAH ALAM - Pakar mencadangkan agar Malaysia menekankan kepentingan dan peranan negara sebagai rakan kongsi strategik Amerika Syarikat (AS) dalam perdagangan antarabangsa khususnya industri semikonduktor ketika mengadakan rundingan tarif.
Pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, selepas 50 tahun dalam sektor ini, Malaysia kini menjadi pengeluar keenam terbesar di dunia dengan membekalkan 13 peratus daripada pasaran dunia.