OPR turun tingkat perbelanjaan rakyat
Iklan
Secara teorinya apabila banyak wang, kita akan mula berbelanja lebih dan ia akan merancakkan aktiviti perniagaan di Malaysia. Foto hiasan
SHAH ALAM - Penurunan OPR kepada 2.75 peratus dijangka meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dan merangsang perbelanjaan harian serta aktiviti perniagaan di seluruh negara.
Pakar ekonomi daripada Putra Business School (PBS), Profesor Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini kerana secara keseluruhan penurunan itu akan menjadikan kadar faedah pinjaman bank diturunkan sekali gus bayaran balik bulanan menjadi lebih rendah.