Pendidikan akhlak benteng utama cegah hedonisme - MB Kelantan

Iklan
Mohd Nassuruddin

KOTA BHARU - Ancaman hedonisme yang serius dalam kalangan masyarakat dapat dicegah melalui pendidikan akhlak yang tinggi.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, yakin gejala sosial itu dapat dipulihkan melalui kaedah berkenaan selain pendekatan kasih sayang.

Iklan
Iklan

"Perkembangan gejala sosial yang semakin meruncing kini menuntut satu kesedaran dan tindakan kita semua untuk meletakkan agama sebagai keutamaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2024 pada Rabu.

Iklan

Pada majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan anugerah cemerlang kepada 1,301 pelajar yang membabitkan semua peperiksaan utama iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Jelas beliau, anugerah dan wang tunai bernilai RM500 merupakan inisiatif kerajaan negeri sejak 19 tahun lalu yang telah memberi manfaat kepada 17,689 pelajar.

Iklan

"Peruntukan keseluruhan bagi tempoh itu juga mencecah hampir RM9 juta," katanya.

Mohd Nassuruddin memberitahu, anugerah itu bukan sekadar insentif tetapi simbolik penghargaan supaya menjadi inspirasi kepada pelajar lain.