UK-AS runding pengecualian tarif keluli sebelum tarikh akhir

Iklan
UK masih berunding dengan AS untuk pengecualian tarif keluli menjelang tarikh akhir. Gambar hiasan

LONDON - Perbincangan kerajaan untuk memuktamadkan perjanjian bagi mengecualikan United Kingdom (UK) daripada tarif keluli Amerika Syarikat (AS) masih berjalan ketika tarikh akhir penguatkuasaan tarif itu semakin hampir, dengan industri menyeru agar penyelesaian dicapai dengan"segera”, lapor PA Media/dpa.

Presiden Donald Trump berkata, beliau merancang untuk mula melaksanakan tarif ke atas rakan dagang AS pada Rabu.

Iklan
Iklan

UK sebelum ini telah berjaya merundingkan perjanjian dengan AS yang menghapuskan ancaman tarif terhadap pengeluar kereta dan pesawat British.

Bagaimanapun, pengecualian untuk industri keluli masih belum dimuktamadkan, sekali gus mengekalkan ancaman bahawa kadar tarif semasa sebanyak 25 peratus mungkin meningkat kepada 50 peratus selepas tarikh akhir.

Iklan

Trump dilaporkan meningkatkan tekanan terhadap negara yang berkemungkinan akan dikenakan tarif, dengan menggesa mereka merundingkan perjanjian perdagangan dengan AS.

Namun di sebalik tanda-tanda kekeliruan dalam pentadbiran AS, Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick mencadangkan rakan dagang AS mula melihat penguatkuasaan tarif bermula 9 Ogos, selepas menerima surat mengenainya pada 9 Julai.

Iklan

Trump memberitahu Kabinet bahawa merundingkan perjanjian perdagangan mengambil masa yang terlalu lama, jadi beliau menghantar surat kepada negara-negara dengan menyatakan kadar tarif yang akan dikenakan.

Dalam satu hantaran di Truth Social pada Selasa malam, beliau berkata surat kepada"sekurang-kurangnya tujuh negara” akan dihantar pada pagi Rabu, dengan lebih banyak surat akan menyusul pada sebelah petang, namun beliau tidak memberikan petunjuk negara mana yang akan menerima surat tersebut.

Ketua pengarah di badan industri UK Steel, Gareth Stace berkata:"Penyelesaian yang segera dan positif diperlukan untuk melindungi pekerjaan, membuka peluang pertumbuhan dan memulihkan keyakinan dalam sektor keluli UK.”

Pejabat Perdana Menteri di 10 Downing Street pada Selasa berkata perbincangan masih berjalan antara pegawai UK dan AS bagi memastikan tarif sifar peratus ke atas import keluli teras ke AS dapat dicapai.

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata:"Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, perkara ini masih dibincangkan dengan AS, seperti yang kami lakukan untuk aeroangkasa dan automotif, dan perbincangan itu akan diteruskan.” - Bernama/dpa