Paparan graf aplikasi myTNB kembali berfungsi
Iklan
Fungsi paparan graf penggunaan harian dan bulanan kini kembali berjalan lancar selepas kerja pembaikan sistem dilaksanakan.
KUALA LUMPUR – Isu teknikal melibatkan paparan graf penggunaan tenaga elektrik dalam aplikasi myTNB bagi bulan Julai telah berjaya diselesaikan sepenuhnya.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa fungsi paparan graf penggunaan harian dan bulanan kini kembali berjalan lancar selepas kerja pembaikan sistem dilaksanakan.
Iklan
Iklan
“TNB ingin memberi jaminan bahawa isu teknikal ini tidak menjejaskan bacaan meter sebenar atau bil muktamad pelanggan bagi bulan Julai.
“Kami juga akan terus memantau prestasi sistem dari masa ke masa bagi memastikan pengalaman pengguna yang lancar dan konsisten,” menurut kenyataan aplikasi myTNB menerusi Facebook pada Selasa.
Iklan
Menurut TNB, pihaknya memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul dan menghargai kesabaran para pelanggan sepanjang proses penambahbaikan dijalankan.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan aplikasi myTNB boleh disalurkan menerusi Private Message (PM) di Facebook TNB Careline, Direct Message (DM) ke akaun X @Tenaga_Nasional, e-mel ke: tnbcareline@tnb.com.my atau dengan menghubungi talian khidmat pelanggan di 1300-88-5454.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>