Gaji dan elaun disekat, pencen tak dapat
Iklan
Syed Ahmad Idid
SHAH ALAM - Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Idid Syed Abdullah Idid mendakwa tidak menerima semua keistimewaan sebagai penjawat awam termasuk bayaran pencen selepas beliau dipaksa meletakkan jawatan kira-kira 30 tahun lalu.
Menurut Syed Ahmad Idid, ini merupakan sebahagian ‘harga’ yang terpaksa dibayar untuk sebuah integriti berikutan tindakannya menulis sepucuk surat pada tahun 1996 bagi mendedahkan dakwaan salah laku melibatkan badan kehakiman di Malaysia pada ketika itu.