Manchester United sasar Moise Kean

Iklan
Moise Kean. Foto Agensi

MANCHESTER United dilaporkan memberi tumpuan penuh untuk mendapatkan penyerang Fiorentina, Moise Kean, sekali gus menolak peluang menandatangani tiga penyerang veteran Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Callum Wilson, Dominic Calvert-Lewin dan Jamie Vardy.

Kean, yang menjaringkan 25 gol musim lalu, dianggap sebagai pilihan ideal untuk memperkuat jentera serangan Red Devils khususnya bagi menggantikan Rasmus Hojlund yang dilihat kurang konsisten.

Iklan
Iklan

Pemain antarabangsa Itali itu pernah beraksi dalam EPL bersama Everton, namun gagal menyerlah ketika itu.

Bagaimanapun, beliau kini menunjukkan kematangan dari segi permainan dan disiplin di dalam serta luar padang.

Iklan

Menurut laporan The Athletic, United memantau rapat perkembangan Kean yang turut menerima pujian legenda Itali, Christian Vieri, sebagai “penyerang luar biasa”.

Kean mempunyai klausa pelepasan bernilai €52 juta (kira-kira RM259 juta) yang akan tamat pada 15 Julai ini.

Iklan

Fiorentina dijangka menaikkan harga selepas itu berikutan minat yang semakin meningkat daripada kelab-kelab Liga Pro Saudi.