Tiada unsur jenayah kematian penuntut kolej jatuh pangsapuri - Polis

Iklan
Polis menafikan wujud sebarang unsur jenayah dalam kes kematian seorang penuntut kolej yang dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul.

KUALA LUMPUR – Polis menafikan wujud sebarang unsur jenayah dalam kes kematian seorang penuntut kolej yang dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kejadian berlaku pada 2 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa yang merupakan wanita berusia 21 tahun ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 5 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat enam pangsapuri berkenaan, yang juga merupakan unit kediamannya.

Iklan

“Mangsa disahkan meninggal dunia di HKL,” katanya kepada Sinar Harian, pada Selasa.

Tambah beliau, tiada sebarang unsur jenayah atau elemen buli dikesan dalam kes berkenaan.

Iklan

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).