Netanyahu calonkan Trump untuk Hadiah Nobel Keamanan

Iklan
Netanyahu (tengah) berucap semasa majlis makan malam di Blue Room, Rumah Putih, Washington, pada 7 Julai 2025. - Foto AFP

WASHINGTON – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mendedahkan bahawa beliau telah mencalonkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk menerima Hadiah Nobel Keamanan ketika lawatan rasmi ke Rumah Putih pada 7 Julai lalu.

Netanyahu menyerahkan surat pencalonan tersebut secara peribadi kepada Trump semasa majlis makan malam bersama pegawai kanan kedua-dua negara.

Iklan
Iklan

“Beliau sedang mencipta perdamaian, satu demi satu, di pelbagai negara dan rantau.

“Jadi saya ingin menyerahkan kepada anda, Tuan Presiden, surat yang saya hantar kepada Jawatankuasa Hadiah Nobel. Ia mencalonkan anda untuk Hadiah Keamanan yang anda layak terima,” kata Netanyahu di hadapan wartawan.

Iklan

Trump, yang sejak sekian lama menyuarakan keinginan untuk menerima anugerah berprestij itu, berkata: “Daripada anda, khususnya, ini sangat bermakna.”

Netanyahu bukanlah pemimpin asing pertama yang mencalonkan Trump untuk Hadiah Nobel.

Iklan

Sebelum ini, Pakistan turut mengumumkan pencalonan yang sama, memperlihatkan taktik sesetengah pemimpin luar memuji Trump sebagai strategi mendekati dasar luar Washington.

Trump secara terbuka pernah menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pencapaian bekas Presiden Barack Obama yang menerima Hadiah Nobel Keamanan pada 2009, sebelum melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran di Afghanistan. – Agensi