Pentingnya dasar ekonomi terangkum
Iklan
Nilai dolar AS juga dilihat lemah dan telah mula ada cakap-cakap bahawa status matawang selamat yang dinikmati semenjak berdekad-dekad lamanya bakal berubah.
PADA minggu lalu, ahli-ahli kongres Amerika Syarikat telah meluluskan rang undang-undang One Big Beautiful Bill Act atau OBBBA yang melibatkan pemotongan cukai pendapatan bagi syarikat-syarikat dan individu yang berjumlah AS$4.5 trilion bagi tempoh 2025 hingga 2035.
Selain itu, bantuan sosial kesihatan atau Medicaid dan juga subsidi terhadap tenaga boleh diperbaharaui juga dikurangkan. Berdasarkan jangkaan Congressional Budget Office (CBO) iaitu sebuah badan yang tidak berpihak dengan mana-mana parti politik telah mengunjurkan bahawa defisit fiskal kerajaan AS bakal meningkat sebanyak AS$3.3 trilion daripada tahun 2025 sehingga tahun 2035.