Arsenal dikritik cara tangani kes Partey

Iklan
Partey berdepan lima pertuduhan rogol dan satu pertuduhan serangan seksual membabitkan tiga wanita.

ARSENAL menerima kecaman susulan tindakan kelab itu yang tidak menggantung Thomas Partey ketika siasatan dakwaan jenayah seksual terhadapnya masih berjalan.

Pemain tengah antarabangsa Ghana itu berdepan lima pertuduhan rogol dan satu pertuduhan serangan seksual membabitkan tiga wanita, selain dilaporkan ditahan polis sebanyak tujuh kali.

Iklan
Iklan

Namun begitu, Partey tetap beraksi dalam 52 perlawanan bersama Arsenal musim lalu.

Tambah laporan itu, pendekatan kelab yang dilihat terlalu bergantung kepada proses undang-undang dianggap tidak seimbang dengan tanggungjawab moral dalam memelihara imej kelab serta keselamatan komuniti bola sepak terutamanya wanita.

Iklan

The Gunners kini berdepan tekanan agar memperjelas pendirian mereka dan menilai semula dasar dalaman berkaitan salah laku serius dalam kalangan pemain.

Setakat ini, kelab masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes terbabit.

Iklan