Firos Mohamed meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi di Stadium Manjung

Iklan
Firos Mohamed dilaporkan rebah ketika beraksi dalam Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru ‘Legend All Star’ di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Lumut pada Sabtu. Foto: ihsan pembaca

LUMUT - Bekas penjaga gol Pulau Pinang, Firos Mohamed dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru ‘Legend All Star’ di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini pada Sabtu.

Mangsa dilaporkan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital KPJ Manjung sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.15 malam tadi.

Iklan
Iklan

Terdahulu, tular satu video memaparkan mangsa tiba-tiba rebah ketika beraksi mewakili pasukannya menentang legenda dari Kedah.

Kejohanan tersebut menghimpunkan barisan legenda bola sepak dari empat negeri utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Iklan

Firos Mohammed dikenali sebagai antara penjaga gol terbaik negara dan Pulau Pinang di era 90-an.

 

Iklan