Dua mangsa terperangkap dalam kebakaran berjaya diselamatkan

Iklan
Anggota bomba memecahkan pagar bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

GEORGE TOWN - Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan dua penghuni yang terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres di Jalan Rambai 2, Taman Lau Geok Swee, di Ayer Itam pada petang Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.23 malam itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan dan tiba di tempat kejadian sembilan minit kemudian.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kebakaran melibatkan rumah teres satu tingkat dengan keluasan anggaran 20 x 60 kaki persegi.

Katanya, sebanyak 70 peratus bahagian rumah berkenaan telah musnah.

Iklan

"Terdapat dua mangsa, seorang warga emas dan seorang lelaki dewasa yang terperangkap di dalam rumah berkenaan.

"Pasukan bomba bertindak pantas memecahkan pintu dan berjaya membawa keluar kedua-dua mangsa dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Iklan

John Sagun berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.45 malam dan operasi memadamkan kebakaran melibatkan 10 anggota dan dibantu pasukan Bomba Sukarela Bukit Bendera.

Tambahnya, punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.