Menunggu tawaran BN Sabah
Iklan
Pengundi di Sabah menanti manifesto BN yang akan ditawarkan sepanjang PRN akan datang. Gambar fail Bernama
SUNGGUHPUN naratif menyokong parti politik lokal tampak mendominasi kempen politik Sabah sejak awal tahun lalu namun ia kini kelihatan berhadapan cabaran lebih besar.
Pertamanya naratif itu sendiri menjadi kurang berkesan berikutan penganjur utama naratif ini, GRS sedang mengadakan kerjasama dengan PKR dan masih mencari jalan perundingan dengan UMNO yang merupakan parti Malaya atau parti nasional.