TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada malam Jumaat.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu, penunggang motosikal berusia 52 tahun bersama anak lelakinya yang berusia tujuh tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.