Banyak dasar, kurang suara
Iklan
KPDN memaklumkan bahawa peniaga mikro dan kecil dalam sektor makanan serta minuman dibenarkan terus menggunakan tong gas LPG bersubsidi tanpa perlu memiliki permit khas sehingga pindaan baharu PPKB 2021 dimuktamadkan Oktober ini. Foto Bernama
KADANGKALA apabila kita terlalu fokus menyelesaikan satu masalah, kita terlupa bahawa ada beberapa lagi isu lain sedang menanti di hadapan. Semua ini mungkin telah dirancang sejak lebih setahun lalu, namun apabila pelaksanaannya berlaku serentak, ramai terkejut dan tidak bersedia.
Begitulah perasaan yang sedang dialami oleh banyak perniagaan kecil dan sederhana ketika ini. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pelaksanaan e-invois menjadi antara cabaran utama kepada usahawan kecil terutamanya mereka yang tidak mempunyai akauntan sepenuh masa.