PPIM gesa kaji semula prosedur tarik kereta
Iklan
Nadzim menunjukkan rakaman kejadian terbaharu membabitkan ejen tarik kenderaan.
SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu menyemak semula undang-undang serta prosedur berkaitan tindakan penarikan balik kenderaan yang didakwa semakin tidak beretika.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ini susulan terdapat segelintir ejen tarik kenderaan bertindak keterlaluan sehingga menceroboh kawasan kediaman berpagar tanpa kebenaran sah, sambil mendakwa mempunyai writ mahkamah untuk menarik kereta.