Kedai runcit milik warga asing disita

Iklan
Kedai runcit milik warga asing tanpa lesen perniagaan sah disita pihak berkuasa. Foto: Facebook MPKL

KUALA LANGAT - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) melaksanakan tindakan sita terhadap barangan perniagaan kedai runcit yang dijalankan oleh warga asing di Bandar Gamuda Cove, Banting di sini.

MPKL memaklumkan, premis berkenaan dikesan menjalankan aktiviti perniagaan kedai runcit tanpa sebarang lesen perniagaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia satu pelanggaran kepada Undang-Undang Kecil (UUK) 3, UUK Tred Perniagaan dan Perindustrian MDKL 2007 yang memperuntukkan keperluan mendapatkan lesen sah sebelum menjalankan sebarang aktiviti perniagaan.

Kedai runcit milik warga asing tanpa lesen perniagaan sah disita pihak berkuasa. Foto: Facebook MPKL

Iklan

"Berikutan pelanggaran undang-undang ini, pihak MPKL telah mengambil tindakan sita terhadap barangan perniagaan di bawah UUK 38(1), UUK yang sama.

"Tindakan penguatkuasaan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MPKL untuk memastikan semua aktiviti perniagaan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Iklan

"Sebarang aktiviti perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Dalam pada itu, MPKL berkata, pihaknya akan terus melaksanakan pemantauan berterusan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau premis yang didapati melanggar peraturan serta undang-undang kecil yang telah ditetapkan.