KDN terbuka tambah baik proses permohonan kad pengenalan

Iklan
Saifuddin Nasution (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan Wakalah Agihan Zakat PBLT Sdn Bhd kepada Ketua Kampung Pangkalan Abai, Saipudin Nbatamin (tiga dari kanan) pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani Kementerian Dalam Negeri di Kampung Pangkalan Abai pada Jumaat. Foto Bernama

KOTA BELUD - Kementerian Dalam Negeri (KDN) terbuka untuk memperbaik proses permohonan kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) susulan pendedahan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau menghormati pendedahan EAIC itu dan bagi KDN serta agensi di bawahnya amat mengutamakan keselesaan pelanggan, iaitu rakyat.

Iklan
Iklan

"Perlu juga saya sebutkan bahawa ada juga berlaku, permohonan daripada rakyat itu sama ada gagal ataupun ditolak terus adalah kerana dokumen itu palsu.

"Contohnya, di klinik bersalin yang sebenarnya tidak berlaku pun proses kelahiran di situ tetapi digunakan untuk mengeluarkan pengesahan kelahiran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat Madani KDN di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pangkalan Abai di sini pada Jumaat.

Iklan

Saifuddin Nasution berkata, JPN juga mempunyai piagam yang sangat jelas, pantas dan cepat tanpa kompromi dari sudut ketulenan bagaimanapun sekiranya perlu ada elemen penambahbaikan, pihaknya terbuka untuk menambah baik proses itu. 

"Apabila rakyat yang memerlukan perkhidmatan terkesan kerana proses lambat, menjadi kewajiban KDN untuk memperbaiki," katanya.

Iklan

Pada Rabu, media melaporkan EAIC mendedahkan terdapat kelewatan tidak wajar oleh seorang pegawai penyiasat JPN Sabah dalam mengendalikan permohonan kad pengenalan baharu melibatkan seorang kanak-kanak. - Bernama