Rakyat tempatan Pulau Pinang pasti mengenali gerai pasembur yang popular di Kompleks Makanan Medan Renong berhampiran Padang Kota Lama di sini.
Gerai ini pernah dikunjungi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hussain Pasembur King telah beroperasi lebih 70 tahun, merupakan nama yang tidak asing lagi bagi penduduk tempatan, malah turut dikenali oleh pelancong dari seluruh Malaysia. - Foto: Bernama