Polis buru dua lagi ejen tarik kereta halang laluan di lebuh raya

Iklan
Tangkap layar video tular tiga kereta kelihatan sengaja menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Hentian Rehat Dan Rawat Pedas-Linggi.

REMBAU - Polis masih memburu dua lagi pemandu kenderaan yang dirakam menghalang laluan kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Hentian Rehat Dan Rawat Pedas-Linggi di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, bagaimanapun pihaknya masih menjalankan siasatan jumlah sebenar individu yang terlibat.

Iklan
Iklan

"Seorang daripada mereka telah pun ditahan kelmarin di sekitar Seremban dan kita masih memburu suspek yang masih bebas dalam dua lagi kereta yang dirakam dalam kejadian itu.

"Namun kita sedang menyiasat jumlah suspek sebenar yang terbabit kerana belum pasti sama ada terdapat penumpang lain di dalam kedua-dua kereta itu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, suspek yang sudah ditahan kini direman sehingga Isnin bagi membantu siasatan.

Sehubungan itu katanya, individu yang disyaki terlibat diminta untuk memberikan kerjasama dengan tampil menyerah diri ke balai polis atau terus ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau.

Iklan

"Berdasarkan maklumat awal, mereka ini adalah ejen tarik kereta dan tujuan mereka halang laluan dipercayai untuk menarik sebuah kenderaan.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Noor Fathiah Ak'Dilah Ishak di talian 010-5825384 atau Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim di talian 019-7992519 atau menghubungi terus Bilik Gerakan IPD Rembau di 06-6851999.

Sebelum ini tular video tiga kereta kelihatan sengaja menghalang laluan di lebuh raya berkenaan sehingga menimbulkan kecaman netizen.