KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun cedera di betis kiri selepas digigit seekor anjing, ketika berjalan pulang ke rumah selepas bermain di taman permainan di Lake Edge Puchong di sini bersama neneknya pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Muhamad Farid Ahmad berkata, dalam kejadian 8.10 pagi itu, mangsa yang sedang berjalan bersama neneknya secara tiba-tiba diserang seekor anjing jenis kacukan German Shepard, yang dipercayai terlepas dari rumah pemiliknya.