Pemandu cedera, kenderaan pacuan empat roda musnah terbakar

Iklan
Kenderaan pacuan empat roda musnah akibat kebakaran pada Khamis. Foto ihsan JBPM

RAUB - Seorang lelaki cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandunya terbakar di Kilometer (KM) 35.1 Lingkaran Tengah Utama (LTU) Bentong-Raub di sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kenderaan pacuan empat roda itu terbakar akibat kemalangan dengan lori.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.59 pagi.

"Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dibantu lapan anggota BBP Bentong bersama tiga jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

Iklan

"Kebakaran melibatkan Ford Ranger dan terdapat satu lelaki dewasa berusia 45 tahun cedera ringan diberikan rawatan awal oleh Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS)," katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Ujarnya, anggota terlibat membuat pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula air tangki pam jentera bomba sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Iklan

Anggota bomba dalam operasi pemadaman kenderaan. Foto ihsan JBPM

"Pemeriksaan dilakukan secara menyeluruh bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran berulang," jelas beliau.

Ujarnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan selanjutnya.