'Musang king RM20 sekilogram kurang sambutan'
Iklan
Ahmad Maher menunjukkan isi durian meskipun durian musang king dijual serendah RM20 sekilogram sejak lima tahun lalu, namun jualannya tahun ini dikatakan hambar dan tidak semeriah musim-musim terdahulu.
KOTA BHARU – Meskipun durian musang king dijual serendah RM20 sekilogram sejak lima tahun lalu, namun jualannya tahun ini dikatakan hambar dan tidak semeriah musim-musim terdahulu.
Menurut peniaga, Ahmad Maher Safian, 30, yang juga imam sebuah masjid di sini, harga murah itu ditawarkan bagi membolehkan semua lapisan masyarakat merasai keenakan ‘raja buah’ yang sinonim dengan julukan buah 'kayangan'.
Iklan
Iklan
“Walaupun harga masih kekal, tetapi sambutan tahun ini kurang memberangsangkan. Mungkin disebabkan faktor ekonomi yang tidak menentu,” katanya ketika ditemui di tapak jualan di belakang Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian pada Khamis.
Ahmad Maher (kiri) melayan pelanggan yang ingin mendapatkan musang king di tapak jualan di belakang Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Khamis.
Iklan
Menurut beliau, situasi cuaca tidak menentu termasuk hujan lebat dan ribut turut menjejaskan hasil musim kali ini.
Ujarnya, beliau menjangkakan tempoh menikmati musang king tahun ini cuma sekitar tiga minggu sahaja.
Iklan
Ahmad Maher (kanan) memeriksa terlebih dahulu buah durian yang akan dijual bagi memastikan pelanggan berpuas hati.
Tambah Ahmad Maher lagi, kemasukan durian dari negara jiran yang lebih awal ke pasaran turut menjadi saingan, apatah lagi dengan harga yang lebih rendah.
Namun beliau memberi peringatan, durian import itu dipercayai mengandungi bahan kimia lebih tinggi berbanding buah tempatan.
Ahmad Maher yang mendapatkan bekalan dari kebun milik keluarganya berkata, meskipun cuaca tidak menentu, hasil yang diperoleh dijangka sekitar tiga hingga empat tan seminggu sepanjang musim ini.
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.