Masih boleh tuntut pampasan daripada Petronas, kontraktor
Iklan
Nik Ahmad Kamal
SHAH ALAM - Mangsa insiden letupan paip gas di Putra Heights masih mempunyai ruang untuk menuntut pampasan meskipun polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).
Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, sebarang tuntutan ganti rugi boleh dibuat melalui saluran sivil walaupun keputusan siasatan jenayah mendapati tidak wujud sebarang kecuaian atau pihak yang bersalah.