Pertumbuhan positif prestasi kewangan KPF
Iklan
Persidangan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT Ke-44) KPF dengan kehadiran 1,207 perwakilan dari seluruh negara. (Gambar kecil: Mohd Banuri Aris)
SHAH ALAM - Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) mencatat pencapaian memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 apabila mengumumkan agihan dividen sebanyak enam peratus.
Pengerusinya, Datuk Mohd Banuri Aris berkata, agihan tersebut melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM129 juta kepada 253,371 anggota di seluruh negara.