Bantut sistem tadbir urus kehakiman
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kecil: Mohamad Ezri, Mohamed Haniff)
Kelewatan umum Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan boleh jejas kestabilan institusi kehakiman
SHAH ALAM - Sebarang kelewatan dan ketidaktentuan dalam pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan boleh memberi kesan kepada persepsi awam terhadap kestabilan institusi kehakiman di negara ini.
Presiden Majlis Peguam, Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata, meskipun tiada tempoh masa dinyatakan secara khusus dalam Perlembagaan mengenai pelantikan kedua-dua jawatan penting itu, namun ia perlu mengambil kira prinsip tadbir urus.