Tiada perubahan ketara harga barangan
Iklan
Harga makanan asas seperti sardin dalam tin masih kekal sama ketika tinjauan di Kuantan, Pahang.
SHAH ALAM – Tinjauan Sinar Harian di pasar raya utama di beberapa negeri mendapati tiada perubahan harga bagi barangan yang terlibat dalam pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula pada Selasa lalu.
Meskipun 10 jenis barangan import termasuk ikan salmon, avokado, ikan kod dan ceri dikenakan cukai SST sebanyak lima peratus bermula 1 Julai, semakan mendapati harga barangan terbabit kekal seperti sebelum ini.